Jamaatun Nur Sakinah adalah Kumpulan Nur Sakinah.
Keahlian : Wanita.
Idea nama kumpulan : Pn. Hjh. Normah binti Abas.
Tenaga pengajar : Ustazah Hjh. Siti Zahrah binti Mahfudz.
Pengisian : i) Membaca Al Quran bersama terjemahan.
ii) Memperkenalkan 'Modul Keluarga Sakinah'
(tersebar luas di Johor).
Modul 1 : Bermula dari kursus perkahwinan.
Modul 2 : Persediaan Keibubapaan.
Modul 3 : Pra Keibubapaan - hamil.
Modul 4 : Kelahiran - hingga 7 tahun.
Modul 5 : Mumayyiz hingga baligh - 7
hingga 15 tahun.
Modul 6 : Alam Remaja - 15 hingga 21
tahun.
Modul 7 : Alam Dewasa - 21 hingga 40
tahun.
Modul 8 : Alam Matang - 40 hingga 55
tahun.
Modul 9 : Alam Warga Emas/Meniti senja.
Modul 10 : Husnul Khotimah.
Dari setiap modul ada huraian-huraian dan pendekatan yang amat relevan dalam paradigma kehidupan seorang insan.Meliputi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia hubungan manusia dengan alam.
Modul yang dirancang bertujuan bagi meningkatkan kematangan dan kewibawaan individu dalam memperkukuhkan diri, institusi keluarga, masyarakat dan negara berteraskan agama.
(maklumat dari : Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim).
Aktiviti : Kumpulan kami mempraktikkan amalan (misalnya
majlis cukur rambut mengikut syariat - bukan
mengikut adat), menganjurkan majlis-majlis ilmu -
merapatkan silatulrahim dikalangan kariah setempat
dan dari luar penempatan.